KUMPULAN NASYID SAHABAT AL-FARABI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL _____________________________________________
Sponsered by: Masjid Universiti Tenaga Nasional & I Luv U Islam. _________________________________________________________

Rasulullah s.a.w telah memberi galakkan kepada umatnya yang beriman agar membaca, memahami dan mendalami ayat-ayat Al-Quran dengan sebaik-baiknya.Hal ini kerana al-quran merupakan kalam Allah Ta’ala yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai mukjizat yang terbesar untuk Baginda s.a.w dan umat islam.

Membaca al-quran merupakan satu ibadat yang sangat diutamakan dan diberikan ganjaran pahala kepada pembacanya.Memahami dan mempelajari al-quran sangat dituntut kepada umat islam kerana al-quran merupakan panduan hidup di dunia menuju ke akhirat di kemudian hari.

Islam menganjurkan kepada umatnya agar memahami al-quran dengan sebaik-baiknya supaya kita dapat mengambil pengajaran dan peringatan dari umat-umat terdahulu yang telah dinyatakan dengan jelas di dalam al-quran yang mengandungi nasihat,pengajaran dan iktibar.Beramal dengan ayat-ayat al-quran dalam kehidupan seharian merupakan jalan terbaik untuk mencari ketenangan dan juga bekalan menuju ke akhirat nanti.

Sesungguhnya terlalu banyak dalil-dalil dari al-quran dan hadis yang membicarakan tentang kelebihan membaca al-quran,memahami dan beramal dengannya seperti di bawah.


Dalil dari al-quran:
Allah ta’ala telah berfirman:

‏‏Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.[1]

Ayat ini merupakan dalil yang sangat jelas kepada kita betapa besarnya kelebihan membaca al-quran. Allah Ta’ala juga berfirman:

Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kepada (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya,dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang.[2]

Kesimpulan dari kedua-dua ayat ini ialah, Allah Ta’ala memerintahkan kepada umat islam untuk memperbanyakkan zikir kepadanya.Al-quran merupakan sebaik-baik zikir yang dianjurkan dan memberi kelebihan kepada pembacanya.Jelaslah kepada kita bahawa sebaik-baik zikir ialah membaca al-quran berdasarkan ayat tersebut.

Terdapat juga hadis-hadis yang telah diriwayatkan menjelaskan kepada kita tentang kelebihan membaca al-quran.Diantaranya berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ummul mukminin Aisyah radiallahu anha :

Barangsiapa yang membaca Quran dan ia seorang yang mahir (iaitu ia membaca dengan lancar), maka pada hari kiamat ia akan bersama dengan mereka yang dimuliakan dan malaikat yang suci yang menulis amalan yang baik. Dan barangsiapa yang membacanya dengan tersekat-sekat tanpa lancar kerana tidak menghafalnya dan dengan cara ini, mengalami kesulitan dalam membaca mendapat dua kali ganda pahala (satu kerana membaca Al-Quran dan satu lagi kerana mengalami kesulitan dalam membaca)[3]

Diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari radiallahu anhu, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.”[4]

Diriwayatkan dari pada Abdullah bin Umar radiallahu anhuma, daripada Nabi s.a.w Baginda bersabda:

“Tidak boleh iri hati, kecuali kepada dua orang:yaitu orang lelaki yang diberi Allah swt pengetahuan tentang Al-Qur’an dan diamalkannya sepanjang malam dan siang; dan orang lelaki yang dianugerahi Allah swt harta, kemudian dia menafkahkannya sepanjang malam dan siang.”[5]

Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”[6]

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa membaca satu huruf Kitab Allah, maka dia mendapat pahala satu kebaikan sedangkan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf, tetapi Alif, satu huruf dan Lam satu huruf serta Mim satu huruf.”[7]

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amrin Ibnul Ash r.a dari pada Nabi s.a.w bersabda:

“Dikatakan kepada pembaca Al-Qur’an, bacalah dan naiklah serta bacalah dengan tartil seperti engkau membacanya di dunia karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca.”[8]

Berdasarkan nas-nas yang jelas di atas,membaca dan memahami isi kandungan al-quran sangat dituntut dan mendapat ganjaran yang sangat mulia dari Allah Ta’ala. Marilah sama-sama kita mengamalkan segala isi kandungan ayat al-quran dan menjadi panduan hidup kita seharian.

Selamat beramal semua....;)