Latar Belakang
Kumpulan Nasyid Sahabat Al-Farabi ini mula ditubuhkan pada tahun 2008 dan merupakan Kumpulan Nasyid Pertama yang ditubuhkan di UNITEN. Al-Farabi merupakan salah satu persatuan di bawah naungan Pusat Pengajian Islam dan Peradaban (PPIP) Masjid UNITEN selain daripada Sahabat Al-Quran. Al-Farabi telah mula bergiat aktif sejak tahun 2009 kerana telah mula menyertai pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Nasyid Peringkat IPT seperti di KUIS dan KLIUC.
Di samping itu juga, Kumpulan Nasyid Sahabat Al-Farabi ini telah mula berkembang pada awal tahun 2010 dengan kehadiran ahli-ahli baru yang telah membentuk 2 kumpulan kecil di dalam Kumpulan Nasyid Sahabat Al-Farabi iaitu kumpulan vokal solo dan kumpulan percussion dengan hasil daripada semangat kerjasama semua ahli ini, lagu-lagu baru telah dapat dicipta. Diharapkan kumpulan nasyid ini dapat berkembang dengan jayanya di UNITEN ini agar ianya dapat menjadi medium dakwah kepada semua pelajar dan masyarakat setempat. Aminnn…
Misi & Visi
Masjid UNITEN |